Persatuan Mahasiswa Darul Aman
Home  
Saturday, 04 July 2009
Main Menu
Home
Berita Terkini
Links
Hubungi MB
Search
News Feeds
FAQs
Login Form





Lost Password?
No account yet? Register
Syndicate
Archive
Polls
Apakah gelaran paling sesuai untuk ISRAEL???
 
Apakah pandangan anda terhadap tindakah UMNO yang mengambil alih pemerintahan di Perak?
 
Newsflash
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut:


Maksudnya : Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mengatakan bahawa kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui mereka yang berdusta.
 
PERSADA GESA ISU BI WAJIB LULUS SPM DIBINCANG LEBIH SERIUS
Written by ammar   
Sunday, 28 June 2009


ALOR SETAR: Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) memohon agar semua pihak sama ada kerajaan, ahli akademik, parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya membincangkan dengan lebih serius cadangan pihak Kementerian Pelajaran untuk mewajibkan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Timbalan Presidennya, Ammar Badruddin Romli isu ini memerlukan penilitian yang rapi kerana bakal melibatkan pelbagai pihak serta akan memberi kesan yang besar khususnya buat generasi akan datang.

"Saya amat bimbang dengan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah mendapat bantahan daripada ilmuan, cendikiawan dan bijak pandai masih belum dapat diselesaikan tetapi sudah ada cadangan untuk mewajibkan matapelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM"

"Kerajaan digesa agar mengkaji sedalam-dalamnya cadangan ini dengan menyemak keupayaan dan kualiti PPSMI terlebih dahulu disamping mendapatkan maklum balas dari pelbagai pihak kerana sekiranya cadangan ini dilaksanakan, maka banyak lagi kos yang melibatkan dana dari wang rakyat perlu dibelanja terutama bagi menyediakan kemudahan dan menambah guru pakar dalam matapelajaran tersebut"

Beliau yang juga Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kolej Universiti Insaniah itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi menilai pencapaian semasa pelajar luar bandar dan tahap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris yang telah dikuasai oleh mereka dalam matapelajaran Matematik dan Sains jika tidak sebagai bahasa komunikasi sekalipun.

 
PERSADA SOKONG PENUBUHAN MASISNA
Written by ammar   
Monday, 29 June 2009


Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) menyokong penuh penubuhan Majlis Mahasiswi Nasional (MASISNA) yang telah dicadangkan oleh Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Shahrizul Ayuni Zulkiply pada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia awal Jun yang lalu.

"MASISNA ini dilihat mampu menjadi platform yang terbaik untuk membantu meningkatkan imej mahasiswi disamping memperkasakan suara siswi hingga ke peringkat yang lebih tinggi" kata Exco Latihan dan Pembangunan Insan PERSADA, Nur Iffah Anati Mohamad Sapian.

Beliau yang juga Exco Sukan dan Rekreasi Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej Universiti Insaniah berharap agar MASISNA dapat berperanan sebagai medan latihan kepimpinan mahasiswi agar lebih berani memperjuangkan isu-isu wanita peringkat nasional seperti masalah penderaan, pelacuran, ganguan seksual dan diskriminasi yang turut melibatkan mahasiswi di universiti.

"Saya percaya MASISNA ini dapat bersama-sama dengan Sekretariat Pemerkasaan dan Pembelaan Wanita Islam (SENADA) yang baru sahaja ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam merungkai dan menyelesaikan segala permasalahan yang melanda kaum wanita di negara ini" katanya lagi.

 

Last Updated ( Monday, 29 June 2009 )
 
PERSADA rombak Jawatankuasa
Written by shamsul qamar bin shahidan   
Sunday, 28 June 2009


Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA Kedah)  mengumumkan akan membubar dan merombak semua jawatankuasanya.Hal ini kerana terdapat pimpinan lama  yang telah menamatkan pengajian serta mempunyai komitmen yang lain dan bagi memberi peluang kepada muka-muka baru.Menurut kenyataan presidennya yang baru dilantik saudara Syazwan Bin Ahmad’semua jawatan akan dirombak semula,ada yang masih kekal dan ada juga muka-muka baru.Setakat ini kita telah mengenalpasti pimpinan mahasiswa kedah di setiap IPT dan semua ahli diminta bersabar kerana kita akan mengumumkan perlantikan dalam masa terdekat.InsyaAllah PERSADA akan berwajah baru dan penuh dengan kejutan”. Beliau percaya pimpinan yang akan dilantik mempunyai kredibiliti dan mampu memikul amanah ini.PERSADA Kedah yang merupakan NGO yang mehubungkan seluruh mahasiswa kedah akan merencanakan organisasi dengan lebih tersusun dan terus melebarkan sayapnya.PERSADA juga akan memastikan setiap IPT mempunyai wakilnya. 

 
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>

Results 1 - 4 of 10
www.siswakedah.com
Anda Pengunjung ke:


Warning: fopen(modules/mod_laskuri/page.txt) [function.fopen]: failed to open stream: Permission denied in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 64

Warning: flock() expects parameter 1 to be resource, boolean given in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 65

Warning: fgets(): supplied argument is not a valid stream resource in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 66

Warning: flock() expects parameter 1 to be resource, boolean given in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 67

Warning: fclose(): supplied argument is not a valid stream resource in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 68

Warning: fopen(modules/mod_laskuri/ip.txt) [function.fopen]: failed to open stream: Permission denied in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 38

Warning: flock() expects parameter 1 to be resource, boolean given in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 39

Warning: fwrite(): supplied argument is not a valid stream resource in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 50

Warning: flock() expects parameter 1 to be resource, boolean given in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 51

Warning: fclose(): supplied argument is not a valid stream resource in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 52

Warning: fopen(modules/mod_laskuri/page.txt) [function.fopen]: failed to open stream: Permission denied in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 79

Warning: flock() expects parameter 1 to be resource, boolean given in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 80

Warning: rewind(): supplied argument is not a valid stream resource in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 81

Warning: flock() expects parameter 1 to be resource, boolean given in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 83

Warning: fclose(): supplied argument is not a valid stream resource in /home/siswa/public_html/v1/modules/mod_laskuri/mod_laskuri2.php on line 84
selepas 4 Disember 2008

Template Chooser
wm_07
Login





Lost Password?
No account yet? Register
Gebang-Gebang 2
Uji kelajuan internet anda
Who's Online
Webdesign by Webmedie.dk Webdesign by Webmedie.dk